Apa yg mata kita lihat itulah yg kita nampak. Tidaklah pula mata itu akan nampak jika tiada bantuan cahaya(Nur) atau pencahayaan. Maka bantuan dari cahaya dan pencahayaan itu perlu supaya kita nampak dikala mata kita melihat. Adapun, melihat tanpa bantuan cahaya tidaklah mata itu nampak, tidaklah jelas pandangan dan hanya kegelapan tepapar. Jadi, gunanya mata itu untuk melihat supaya nampak. Yang nampak itulah pandangan namanya. Dan kini, cahaya jugalah yang membantu engkau nampak dikala Sang Mata melihat susunan huruf-huruf, segala simbol bacaan yang engkau baca di Blog MajalahTujuh ini. Terzahirlah paparan. Tahu dan maklumlah semua bahawa tidaklah dapat mata itu menghidu bau maupun mendengar bunyi.
'Tanpa mata kita masih mampu dan boleh melihat untuk nampak'. Kita dapat melihat dikala tertutupnya mata. Dikala mata terhijab oleh kelopaknya itulah kita nampak mimpi-mimpi dan melihatnya dengan jelas. Bolehlah disimpulkan pula bahawa 'untuk melihat mimpi-mimpi itu janganlah digunakan Sang Mata itu'. Sesungguhnya, tidaklah nampak segala mimpi oleh pandangan mata. Jika bukan mata yang melihat mimpi, dengan apakah kita melihat mimpi?
Adapun mimpi-mimpi itu tidaklah gelap, walaupun adakalanya kita bermimpi berada dalam kegelapan maka tidak kelihatanlah mimpi kerana gelapnya. Gelapnya mimpi itu kerana tidak ada bantuan cahaya. Cahaya membolehkan kita nampak mimpi-mimpi.
Cahaya itulah yang menzahirkan pandangan, membantu penglihatan supaya nampak. Nampaklah kita akan segala yang ada ini kerana cahaya. Dapatlah juga kita tunjuk segala yang ada, itu dan ini, sana dan sini kerana penampakan itu, yang terzahir pada penglihatan kerana diliputi cahaya. Maklumlah kita bahawa apabila diliputi cahaya maka teranglah suasana. Tersangatlah terang pula tidak kelihatan cahaya.
Ibaratnya, di hari yang cerah cuaca, terang benderang kita, nampaklah segala disekeliling dek pancaran sinar matahari. Akan tetapi tidaklah dapat kita tunjuk akan cahaya matahari itu walaupun matahari itu dapat ditunjuk. Dapat pula kita melihat akan matahari itu namun tidaklah pula kita dapat melihat cahayanya walaupun yang lain jelas nampaknya dan terzahir. Cahaya itu menzahirkan yang lain. Apabila nampak segala yang lain itu akibat diterangi cahaya lalu cahaya itu tidaklah kelihatan lagi. Lupalah akal akan cahaya yang menzahirkan pemandangan, penyebab mata yang melihat itu jadi nampak. Tertumpulah akal pada segala yang dilihat, tiadalah difikirkan akan cahaya yang menzahirkan itu. Bagaimana itu? Sulitkah akal kita memikirkannya?
Ayuh kita pada hal mata,melihat dan nampak tadi. Bolehlah dikatakan pada setiap diri mata itu ada dua jenisnya. Mata zahir dan ......

/*ADA SAMBUNGANNYA-BHGN DUA*/